Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Presiden sepak takraw Singapura dikenakan sekatan 10 tahun -

Presiden sepak takraw Singapura dikenakan sekatan 10 tahun

by

in

PRESIDEN Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES) Mohd Nasri Haron dikenakan sekatan selama 10 tahun bermula 30 November lalu oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin ASTAF Yogender Singh Dahiya berkata, Mohd Nasri juga perlu membayar balik AS$15,000 (kira-kira RM65,800) kepada badan itu.

Katanya, ini menampung kos mengadakan perbicaraan yang melibatkan seluruh jawatankuasa disiplin antarabangsa itu dan kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tambahan dua tahun sekatan.

Yogender Singh berkata, Mohd Nasri menghadapi lima pertuduhan berkaitan suratnya sebagai Naib Presiden ASTAF dan Presiden PERSES yang disalin kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. – Bernama