Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Telur ayam: Tempah 200 papan dapat 20 papan, nak beli bersyarat, harga melambung -

[VIDEO] Telur ayam: Tempah 200 papan dapat 20 papan, nak beli bersyarat, harga melambung

KEKURANGAN bekalan telur ayam yang agak meruncing sejak kebelakangan ini menimbulkan kerunsingan orang ramai.

Menerusi satu tinjauan di sekitar Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur, mendapati rata-rata penduduk meluahkan keluhan dan rasa kesal dengan situasi telur ayam yang bukan sahaja kekurangan stok, malah mengalami kenaikkan harga.

Bagi seorang penyelia sebuah pasar segar yang hanya mahu dikenali sebagai Syamsul, 43, berkata stok telur daripada pembekal sepatutnya sampai pada Isnin lalu, namun masih tiada khabar berita sehingga Rabu.

“Kalau sampai pun, kuantiti yang kita order pun tak dapat. Pembekal kata tiada stok terutamanya yang Gred A,B dan C. Contoh kita order dalam 200 papan, yang sampai hanya 20 papan sahaja. Sehari pun boleh habis,” katanya ketika ditemui SatuBerita.

Tambahnya, harga bagi telur Gred D kini mencecah sehingga RM12.00 sepapan selain mengakui terpaksa menjual satu papan telur sahaja untuk seorang pelanggan.

Bagi peniaga nasi campur, Lidarina Turiman, 43 mengakui terbeban dengan kenaikkan harga telur yang dikatakan tidak masuk akal selain kekurangan stok.

Malah dia turut mendedahkan ada kedai yang hanya akan menjual atau merendahkan harga sepapan telur, dengan syarat perlu membeli beberapa barangan lain di kedai berkenaan.

“Telur kalau ada pun mahal, sesetengah tempat memang jual mahal. Sampai sekarang tak silap saya Gred C boleh cecah sampai RM14.00 sehingga RM15.00.

“Ada kedai yang saya pergi, kalau saya beli barang lain seperti sayur atau ikan baru boleh dapat harga murah sikit baru dapat telur sepapan. Kalau tidak, tak dapat lah,” luahnya.

Peniaga nasi campur, Lidarina Turiman, 43

Peniaga kedai tom yam, Nur Liyana Hussin, 40 pula meluahkan dia dan suami perlu ke beberapa kedai untuk mendapatkan stok telur ayam yang mencukupi bagi menampung perniagaan mereka.

“Walaupun harga telur naik, tapi saya tidak naikkan harga makanan sebab kami berniaga di kawasan perumahan. Namun, kami terpaksa kena kurangkan saiz hidangan. memang tak boleh buat apa. Terpaksa.

“Suami saya juga perlu ke Pasar Pudu untuk membuat tempahan awal. Kalau tidak, memang tak dapat. Memang selalunya bila kami tempah, kena bayar dulu,” katanya.

Peniaga kedai tom yam, Nur Liyana Hussin, 40

Pengusaha kedai runcit, Muslim Budiman, 39, berkata, untuk mengisi stok telur di kedainya, dia hanya boleh mendapatkan tiga papan telur sahaja daripada pembekal.

“Dulu tiada had boleh saya ambil sehingga 15 ke 20 papan, tapi sekarang ini dia terhad sebab dah tulis minimal 3 papan sahaja.

“Harga pun mahal. Contoh kita ambil Gred C, dulu RM10.90 sekarang Rm13.90. Kalau yang Gred A, RM22.90. Itupun mereka bagi terhad tiga papan sahaja mereka tidak bagi lebih,” ujarnya. —SB

Pengusaha kedai runcit, Muslim Budiman, 39