Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cubaan seludup dadah gagal, suami isteri ditahan -

Cubaan seludup dadah gagal, suami isteri ditahan

CUBAAN sepasang suami isteri dipercayai pengedar dadah melarikan diri ketika serbuan polis gagal apabila berjaya ditahan di sebuah rumah di Taman Baiduri di Tumpat, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 41 dan 39 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 pagi dan hasil serbuan polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM14,330.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, bertindak atas maklumat dadah, sepasukan pegawai bersama anggota Narkotik Tumpat dan Balai Tumpat membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Baiduri, Tumpat.

Katanya, semasa serbuan seorang lelaki dan seorang wanita berada di ruang tamu dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka enggan memberi kerjasama dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan

“Hasil pemeriksaan menjumpai 13 biji pil kuda, 29 gram (g) heroin dan 14g ganja yang keseluruhan bernilai RM14,330,” katanya dalam
satu kenyataan hari ini.

Amran berkata, polis juga membuat sitaan wang tunai berjumlah RM9,837, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah motosikal
jenis Honda Vario 150.

“Turut dirampas ialah dua gelang tangan dan dua bentuk cincin keemasan dan perak serta sebentuk cincin warna keemasan.

“Hasil ujian urin suspek lelaki dapati positif dadah jenis opiate dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes narkotik manakala wanita tersebut negatif dadah,” katanya, lapor Sinar Harian.

Amran berkata, mereka ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B, 12(2), 6 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.