Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Igauan buruk saya gambarkan benar-benar terjadi' - Annuar Musa -

‘Igauan buruk saya gambarkan benar-benar terjadi’ – Annuar Musa

BEKAS Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengakui dukacita terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengumumkan keputusan keseluruhan secara rasmi, beliau menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah tewas dalam pilihan raya kali ini.

“Akhirnya igauan buruk yang saya gambarkan selama ini dan minta dielakkan benar-benar terjadi. Dukacita teramat sangat.

“Perpecahan menjadikan kamu lemah dan hilang kekuatan. Kami anjurkan muafakat, kami dilabel tidak setia.

“Kami minta jangan berpecah, kami yang menerima padah,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya, lapor Utusan Online.

Justeru, beliau meminta pucuk pimpinan parti menjelaskan hala tuju selepas PRU15.

“Kini, kemana kita nak dibawa? Mahu menjalin jajaran yang kita tolak? Mahu melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO dan parti sekali lagi?

“Undurlah, cukuplah kebinasaan ini dan dengar suara rakyat serta fahami kehendak rakyat. Jangan sombong,” katanya.