Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[TIDAK RASMI] Nurul Izzah ketinggalan di Permatang Pauh -

[TIDAK RASMI] Nurul Izzah ketinggalan di Permatang Pauh

KEPUTUSAN tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan mendahului dalam persaingan empat penjuru di Parlimen Permatang Pauh.

Setakat pukul 10 malam ini, Muhammad Fawwaz mendahului sebanyak 10,907 undi berbanding penyandang kerusi itu, Nurul Izzah Anwar dari Pakatan Harapan (PH) yang memperolehi 7,697 undi.

Sementara itu, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said (Barisan Nasional) mendapat 5,507 undi dan calon bebas, Mohd. Nasir Othman (GTA) memperolehi 110 undi lapor Utusan Malaysia.