Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah benar Peter Anthony gantung hukuman, sabitan dibatal -

Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah benar Peter Anthony gantung hukuman, sabitan dibatal

MAHKAMAH Tinggi hari ini membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony untuk menggantung hukuman dan sabitan atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membatalkan rayuan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan notis pemberhentian rayuan pada 28 Okt lepas.

“Oleh itu, rayuan (pendakwaan) dibatalkan,” kata Mohamed Zaini semasa pengurusan kes hari ini yang turut dihadiri peguam S. Devanandan, mewakili Peter.

Pada 5 Ogos lepas, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi yang membenarkan permohonan Peter itu, selepas berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan oleh pihak pembelaan.

Peter, 51, memfailkan permohonan untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya bagi membolehkannya bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, pada hari penamaan calon 5 Nov lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan Peter untuk bertanding di kerusi Parlimen Tenom dalam PRU15.

Penolakan pencalonan itu dilakukan SPR dengan alasan Peter masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai. – Bernama