DUA kerusi Parlimen dan 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN) Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.
Keyakinan itu kata Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah susulan gelombang penolakan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) khususnya di kawasan Parlimen Indera Mahkota di sini.
Beliau berkata, PN Pahang dijangka merampas satu kerusi Parlimen dimenangi PH pada PRU14 lalu dan satu dimenangi oleh BN.
“Itu sekurang-kurangnya. Selain itu, untuk DUN, kita boleh gandakan jumlah DUN sedia ada iaitu lapan yang disandang, saya jangka kita ada harapan untuk menang
sekurang-kurangnya 16 kerusi.
“Gelombang itu nampaknya semakin memihak kepada PN,” katanya di Pusat Khidmat Rakyat di Indera Mahkota di Kuantan.
Pada PRU-14 lalu, daripada 42 kerusi DUN di negeri ini, 25 kerusi dimenangi BN, sembilan dari PH manakala Pas sebanyak lapan kerusi.
Sementara itu, daripada 14 kerusi Parlimen, sembilan kerusi dimenangi BN manakala lima dari PH.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.