CALON Perikatan Nasional (PN) Parlimen Bentong, Datuk Roslan Hassan meminta supaya dirinya tidak dibandingkan dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Young Syefura Othman yang dikatakan calon popular di situ.
Sebaliknya beliau berkata, sebagai anak jati Felda Lurah Bilut, Bentong, beliau tidak gentar berdepan siapa sahaja calon bagi merebut kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.
“Jika Tiong Lai hebat tidaklah beliau kalah pada pilihan raya umum (PRU) lalu, bila pernah kalah, tidaklah hebat.
“Saya tidak gentar cuma jangan diperbandingan antara saya dan Tiong Lai ataupun Rara yang sudah pernah bergelar wakil rakyat.
“Saya sejak berusia 20 tahun terus berkhidmat di Bentong berdasarkan kemampun saya, jadi kali ini (PRU-15) beri peluang kepada saya,” katanya ketika ditemui di sini.
Roslan berkata, perbandingan hanya boleh dibuat antaranya dengan Tiong Lai ataupun Rara jika beliau telah berkhidmat sebagai wakil rakyat.
“Tiong Lai pun selepas tewas PRU-14 lalu, terus hilang, mana ada berkhidmat di Bentong, tapi saya terus berada di Bentong dan berkhidmat kepada rakyat.
“Saya yakin pada PRU-15 kali ini pengundi Bentong bijak menilai dan memberi peluang kepada PN bukan sahaja menang di Parlimen ini malah di negeri Pahang,” katanya.
Roslan sekali lagi berharap pengundi Bentong memberikan peluang bagi beliau berkhidmat kepada penduduk di situ seterus mereka boleh menilai wakil rakyat mana lebih baik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.