Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mahkamah tolak saman fitnah Sultanah Terengganu -

Mahkamah tolak saman fitnah Sultanah Terengganu

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, menolak saman RM100 juta dikemukakan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, masing-masing terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown; penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin; dan pencetak, Vinlin Press Sdn Bhd.

Saman itu berhubung kenyataan didakwa berunsur fitnah dalam buku bertajuk ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee, membuat keputusan itu pada prosiding melalui aplikasi Zoom, sebentar tadi, memetik laporan Berita Harian.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 November 2018, mendakwa kenyataan itu berbaur fitnah, antara lain bermaksud baginda terbabit amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Terengganu serta menggunakan status untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa, kenyataan itu membawa maksud baginda membantu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, menjadi penasihat TIA.

Baginda menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta daripada setiap defendan, serta memohon perintah supaya penerbit menarik balik buku itu dan pencetak berhenti mencetaknya.

Dalam penyataan pembelaan, tiga pihak terbabit selaku defendan menafikan ada membuat tuduhan bahawa plaintif terbabit amalan rasuah.

Rewcastle-Brown juga mendakwa Sarawak Report tidak pernah mencadangkan bahawa plaintif terbabit dalam konspirasi membabitkan Jho Low, dan tidak pernah mencadangkan bahawa baginda terbabit dalam pentadbiran kerajaan berkaitan urusan 1MDB.