Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bersatu sedia hadapi pertandingan pelbagai penjuru, tiada kerjasama dengan PH -Muhyiddin -

Bersatu sedia hadapi pertandingan pelbagai penjuru, tiada kerjasama dengan PH -Muhyiddin

PARTI Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) melibatkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti lain yang akan bertanding.

Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan PN bersama Pas, Gerakan, SAPP dan STAR Sabah sebagai gabungan politik pelbagai kaum di negara ini yang berhasrat menawarkan kepemimpinan yang bebas rasuah, cekap dan prihatin demi kemakmuran seluruh rakyat.

Dalam kenyataan hari ini, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, Bersatu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PH dalam menghadapi PRU-15.

‘’Bersatu juga mengambil maklum pendirian Majlis Presiden PH yang telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu,’’ katanya.

Penegasan Muhyiddin itu berikutan terdapat gerakan yang cuba memburuk-burukkan beliau dengan mendakwa, bekas Perdana Menteri tersebut akan bekerjasama dengan PH dan Gerakan Tanah Air (GTA) diketuai Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Dakwaan itu sengaja diwujudkan oleh musuh politik Bersatu dan PN bagi memecah belahkan perpaduan dalam gabungan berkenaan dan menjejaskan sokongan kepada PN.