Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jemaah umrah Malaysia alami kegagalan pernafasan serius diselamatkan -

Jemaah umrah Malaysia alami kegagalan pernafasan serius diselamatkan

PASUKAN perubatan Hospital Kecemasan Ajyad, berhampiran Masjidil Haram di Makkah menyelamatkan nyawa seorang jemaah umrah Malaysia berusia 72 tahun selepas mengalami radang paru-paru dan kegagalan pernafasan ketika menunaikan ibadah umrah.

Jurucakap Kluster Kesihatan Makkah, Hatem Al-Masoudi, berkata pasukan respons pantas dari hospital itu menangani kes berkenaan dengan cepat apabila pesakit dipindahkan ke hospital dan memberikan pertolongan cemas tanpa sebarang kelewatan.

Menurut laporan Saudi Gazette, pesakit pada kadar pantas dipasangkan alat bantuan pernafasan atau ventilator sehingga keadaannya stabil. – AGENSI