PRU15: Pas pilih PN, tidak bubar DUN Kelantan, Terengganu, Kedah

SELEPAS lama berteka-teki mengenai hubungan dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada Khamis, akhirnya memutuskan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

Menerusi satu kenyataan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU15 itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat itu juga memutuskan untuk Pas memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN.

Jelasnya, semua calon daripada peringkat negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama terlebih dahulu lapor Astro AWANI.

Dalam pada itu, berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), Abdul Hadi berkata mesyuarat itu memutuskan untuk mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Berita lanjut menyusul