Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemimpin Bersatu cabar Ismail salahkan Zahid kerana mahu PRU awal -

Pemimpin Bersatu cabar Ismail salahkan Zahid kerana mahu PRU awal

SEORANG pemimpin Bersatu mencabar Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob supaya manyalahkan presiden partinya sendiri berhubung keputusan pembubaran Parlimen.

Ini berlaku selepas perdana menteri berkata beliau mengambil keputusan mengejut itu berikutan tindakan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) ‘berkelakuan tidak wajar’ dengan menulis surat kepada Agong bagi menyuarakan percanggahan pendapat mengenai pilihan raya umum tahun ini.

Kamaruddin Jaafar berkata seluruh negara sudah sedia maklum Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendesak Ismail supaya membubarkan Parlimen walaupun beliau keberatan untuk berbuat demikian berikutan kebimbangan ramai ia diadakan ketika musim banjir serta sekali gus menganggu usaha pemulihan ekonomi.

“PM sepatutnya menegur presiden parti beliau kalau berani. Malah beliau perlu jujur dań mengakui bahawa beliau ditekan dan dipaksa melakukan pembubaran ini atas desakan pimpinan parti Umno,” kata Kamaruddin, yang merupakan timbalan menteri luar di bawah pentadbiran Ismail dalam satu kenyataan lapor Malaysianow.

Semalam, sehari selepas beliau mengumumkan pembubaran Parlimen di mana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mungkin terpaksa dijalankan ketika negara menghadapi musim tengkujuh, Ismail menyerang pendahulunya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengecam Barisan Nasional (BN), mengatakan ia adalah punca kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Beliau juga membidas 12 anggota Kabinetnya dari Bersatu dan PAS, menuduh mereka membelakangkan pentadbiran kerajaan.