Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ranking Harimau Malaya naik dua negara -

Ranking Harimau Malaya naik dua negara

Prestasi memberangsangkan yang ditampilkan Harimau Malaya sejak akhir-akhir ini membolehkan ranking dunia Malaysia naik dua anak tangga dari kedudukan 148 kepada 146.

Ranking terbaharu itu dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

“Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 146 dunia, berjaya naik dua anak tangga berbanding 148 pada kemas kini terdahulu, 25 Ogos 2022. Kemas kini seterusnya 22 Disember 2022,” kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini memetik laporan Utusan Online.

Kejayaan mengikat Thailand dan Tajikistan dalam perlawanan jemputan Piala Raja Thai di Chiang Mai, bulan lalu antara yang menghadiahkan mata untuk membantu Malaysia memperbaiki ranking.

Dalam kejohanan yang diiktiraf sebagai perlawanan Tier 1 itu, Malaysia terikat 1-1 dengan Thailand pada aksi pertama sebelum menang menerusi penentuan penalti 5-3 untuk mara ke final.

Di pentas akhir, skuad negara sekali lagi diikat dengan tanpa jaringan, namun kalah menerusi penentuan sepakan penalti 0-3.

Tugasan Hariman Malaya selepas ini adalah Piala AFF pada hujung Disember sebelum membuat persiapan untuk beraksi dalam Piala Asia pertengahan tahun depan.