Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
60 kampung di Sabah, enam kawasan di Johor terjejas banjir -

60 kampung di Sabah, enam kawasan di Johor terjejas banjir

Oleh ABU UBAIDILLAH RAMHAN

SEBANYAK 45 kampung di Beaufort dan 15 kampung di Membakut, Sabah dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Padas dan Sungai Membakut akibat hujan lebat berterusan di kawasan hulu sungai sejak kelmarin.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort memberitahu, bacaan kedalaman air di kedua-dua sungai melebihi paras bahaya iaitu 9.28 meter di Sungai Padas dan 7.41 meter di Sungai Membakut, setakat pukul 10 pagi.

“Kampung terjejas banjir di Beaufort setakat ini ialah Binunuk, Balibata, Simpang Empat, Bakalau, Sungkadan, Melalugus, Batandok Lubak, Melati, Lumatai, Mempagar, Kuarters SESB Beaufort, Kuarters Kereta Api, Kampung Lawa, Lago, Suasa, Kangsa, Berumbai, Bangkalalak, Batu 60, Batu 58, Jempangah, Kitalabak Lumatai, Luagan Sanginan dan Laboi.

“Kampung Bingkul, Mapait, Limbawang, Lajau, Lubak, Poribg Lupak, Lupak, Tuhu, Selinsing, Beringin, Gadong, Kebajang Ulu, Kukup, Jabang, Mentulud, Batu 64, Lupak Seberang, Kampung Cina, Kurian Padas Damit, Kebulu dan Menanjung,” katanya, hari ini.

Katanya, antara kawasan turut dilanda banjir di daerah kecil Membakut ialah Kampung Bambangan, Sinoko, Sindok, Baitam Ulu, Baitam Laut, Baitam Baru, Jambatan Baru, Lumantak, Papas, Lampijas, Kayai, Dungau, Brunei dan pekan lama Membakut.

Sementara itu, banjir turut melanda Batu 10, Kampung Laut, Skudai, Johor Bahru dan enam kawasan melibatkan Kampung Sepakat, Kampung Masjid, Sungai Masai, Desa Bakti dan Jalan Masai di Pasir Gudang.

Anggota memantau keadaan banjir kilat di Kampung Sentosa Barat, Pasir Gudang, pagi ini namun tiada mangsa banjir dipindahkan kerana air semakin surut pada jam 8 pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh berkata, hujan lebat sejak tengah malam tadi mengakibatkan banjir dan mengakibatkan penduduk terpaksa mengalami kerugian apabila pelbagai harta benda rosak. – SB

“Namun tiada sebarang kejadian kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, tiada pusat pemindahan yang dibuka dan banjir kilat yang naik sehingga kira-kira satu meter juga sudah surut.

Ketika ini katanya, mangsa sedang melakukan kerja pembersihan semasa beliau meninjau beberapa kawasan perkampungan terjejas pagi pagi ini. – SB