Lelaki ditahan satu jam selepas larikan barang kemas RM30,000

LELAKI yang melarikan seutas rantai emas dianggar bernilai hampir RM30,000 seperti kejadian dalam video tular di media sosial malam tadi, sebenarnya sudah ditahan kira-kira sejam selepas melakukan jenayah berkenaan.

Kejadian jam 5 petang Khamis lalu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan suspek berpura-pura sebagai pelanggan melihat rantai tangan emas seberat 99.34 gram itu di sebuah kedai emas di Jalan Putra, Mergong, di sini.