Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jangan politik isu ‘wanita bangun lambat’, lihat kandungan program - Rina Harun -

Jangan politik isu ‘wanita bangun lambat’, lihat kandungan program – Rina Harun

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun menuntut semua pihak tidak mempolitikkan isu wanita sebagai “suka bangun lambat”, yang tular baru-baru ini.

Beliau berkata, seharusnya semua pihak termasuk pemimpin politik melihat isi kandungan penuh program ‘Wanita Bangkit’ dianjurkan kementeriannya.

“Saya kira dalam waktu sekarang kita jangan nak politikkan semua benda.

“Kena lihat isi kandungan program tersebut. Apa penting ramai (wanita) memerlukan pembelaan dan perlu dibantu,” katanya pada sidang media ketika ditemui selepas melawat dan meninjau kesiapsiagaan Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) Sungai Buloh dalam menghadapi Monsun Timur 2022/2023.

Beliau juga mengajak Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh atau mana-mana bersama-sama membantu wanita yang memerlukan bantuan.

“Saya harap kalau Hannah Yeoh atau sesiapa sahaja nak bantu kita alu-alukan untuk sama-sama bantu wanita yang memerlukan. Bukan tahu cakap sahaja tetapi tidak melaksanakan,” katanya.

Terdahulu, Rina dikritik hebat pemimpin pembangkang dan Umno susulan video terbaru menteri terbabit yang dianggap merendah-rendahkan wanita.

Tular video dimuat naik Rina di media sosial, memaparkan pelakon dan usahawan, Rosyam Nor, yang menyebut wanita sebagai “suka bangun lambat”, sambil disaksikan beliau dan pegawainya.

Rosyam, yang mengajak orang ramai menghadiri Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula semalam, turut berkata akan “membelasah” mereka yang berjumpanya.

Semalam, Hannah yang juga bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berkata beliau sedih melihat agensi dan kumpulan sasar di bawah kementerian itu dipergunakan Rina untuk tujuan promosi.