TULAR di media sosial apabila sebuah kereta jenis Proton Exora terbakar di KM 24.8 arah Barat, Sungai Ramal -UNITEN sebelum stesen minyak Shell.
Video berdurasi 21 saat itu memaparkan kenderaan berkenaan terbakar pada lorong kiri jalan menyebabkan laluan sesak dari Sungai Chua menuju ke lokasi kejadian.
Petugas trafik dan pekerja pembinaan berdekatan dilaporkan berada di lokasi bagi membantu dalam pengaliran trafik.
Difahamkan, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian masih disiasat. -SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.