20,897 kes baharu hari ini

SEBANYAK 20, 897 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, meningkat kembali berbanding 19,268 kes semalam sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 setakat 31 Ogos 2021 adalah 1,746,254 kes.

Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 4,371 kes, diikuti Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942), Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479) dan Perak (1,204).

Manakala Kuala Lumpur merekodkan peningkatan kepada 1,003 kes berbanding 672 kes semalam.

Sementara itu, Negeri Sembilan yang pernah mencatatkan kes harian sebanyak empat angka terus mencatatkan penurunan dengan 215 kes hari ini.

Perlis dan Putrajaya merekodkan kes baharu dua angka iaitu masing-masing 64 kes dan 25 kes manakala Labuan, hanya satu kes baharu dicatatkan pada Selasa.

Berikut adalah pecahan kes COVID-19 setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 4,371 (603,995)
WPKL – 1,003 (173,239)
Sabah – 2,594 (147,843)
Johor – 2,159 (138,647)
Sarawak – 2,285 (116,558)
Kedah – 1,942 (99,042)
Negeri Sembilan – 215 (91,476)
Pulau Pinang – 1,732 (86,491)
Kelantan – 1,479 (77,526)
Perak – 1,204 (68,093)
Melaka – 417 (48,558)
Pahang – 798 (44,133)
Terengganu – 608 (33,492)
WP Labuan – 1 (9,809)
WP Putrajaya – 25 (5,398)
Perlis – 64 (1,954)

–SB.