Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muda suarakan hajat sertai PH -

Muda suarakan hajat sertai PH

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyuarakan hasrat untuk menyertai komponen Pakatan Harapan, kata Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, perbincangan tidak rasmi berhubung perkara itu telah dilakukan bersama pimpinan tertinggi PH.

“Bukan sekadar kekal collaboration (kerjasama) bermula perbincangan awal untuk penyertaan blok yang stabil dengan prinsip perjuangan yang sama,” katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Hotel Olympic Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, selepas mengadakan perbincangan dan pertemuan rasmi antara pimpinan Muda.

Bagaimanapun, ahli parlimen Muar itu berkata isu pembahagian kerusi masih belum dibincangkan.

Terdahulu, Timbalan Presidennya Amira Aisya Abdul Aziz berkata parti itu menjangkakan akan bertanding tidak kurang 15 kerusi Parlimen.