Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
3 maut lori simen jatuh gaung -

3 maut lori simen jatuh gaung

TIGA lelaki maut apabila lori membawa muatan simen yang dinaiki mereka, terjatuh ke gaung sedalam kira-kira enam meter di Jalan Merit, Kapit, Sarawak, hari ini.

Ketiga-tiga mangsa itu dikenali sebagai George Wong, 33; Bunyau Manggie, 40; dan Steven Janggai Bungkang, 33.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan pada jam 11.35 pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit terpaksa menggunakan dua pikap untuk ke lokasi kejadian berikutan jentera bomba tidak dapat melalui jalan balak.

“Mangsa dilaporkan tersepit. Pasukan bomba menggunakan sistem takal dan peralatan menyelamat hidraulik, untuk memotong bingkai cermin lori terbabit.

“Ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan dan dibawa naik menggunakan kaedah ‘basket stretcher’, namun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor Astro AWANI.

Katanya, mayat kesemua mangsa terbabit kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.