DATUK Seri Najib Razak hadir di mahkamah hari ini walaupun sebelum ini dilapor dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Bekas Perdana Menteri itu yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang tiba sekitar pukul 8.50 pagi di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib, 69 tahun, dilihat memakai sut berwarna gelap dan diiringi pegawai penjara bagi menghadiri prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, lapor Astro Awani.
Turut kelihatan hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Semalam media melaporkan, pegawai Najib mengesahkan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.
Bagaimanapun, keadaan Najib dilapor stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan yang diperlukan.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.