Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta -

Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta

SEBANYAK 50 kenderaan mewah tanpa permit import (AP) bernilai RM11.4 juta disita dalam Op Bearing yang dilaksanakan bermula 15 Ogos lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Mohammad Sabri Saad berkata operasi yang berakhir esok itu memfokuskan kepada kenderaan import individu serta syarikat di sekitar Pelabuhan Klang.

“Sembilan daripada 50 kenderaan melibatkan motosikal berkuasa tinggi manakala selebihnya adalah kereta mewah dari pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun,” katanya dalam sidang media di Wisma Kastam di sini hari ini.

Mohammad berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1957 kerana mengimport barang larangan di bawah Butiran 3 Jadual Kedua/Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 yang permit pengimportannya dibenarkan dengan syarat ia tertakluk permit import dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mohammad Sabri menggesa orang ramai untuk membantu JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau menghubungi pejabat JKDM terdekat di semua negeri. 

— BERNAMA