Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dugaan Afiyah, hidap penyakit paling sukar ditemui dalam kalangan kanak-kanak -

Dugaan Afiyah, hidap penyakit paling sukar ditemui dalam kalangan kanak-kanak

BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul. Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan disahkan menghidap penyakit yang sukar ditemui dalam kalangan kanak-kanak.

Afiyah Mikayla Mohd Azri, 4, disahkan menghidap penyakit Juvenile Myelomonocytic Leukemia (JMML) pada 16 Ogos 2022.

Leukemia myelomonocytic Juvenile (JMML) adalah sejenis jenis kanser darah yang agresif , menjejaskan bayi dan kanak-kanak; menyumbang kurang daripada 1% leukemia kanak-kanak.

Umur purata kanak-kanak pada diagnosis adalah 2 tahun, dan adalah jarang berlaku untuk melihat kes-kes pada kanak-kanak berumur lebih dari enam tahun.

Tanda-tanda dan gejala JMML berkaitan dengan pengumpulan sel-sel yang tidak normal di dalam sumsum tulang dan organ seperti kulit pucat, jangkitan pemyakit, pendarahan tidak normal, perut bengkak (splenomegaly), demam, kurang selera makan, batuk dan pembangunan terbantut.

Jumlah diperlukan untuk membantu Afiyah menjalani pembedahan

Memetik laporan Rotikaya, Afiyah merupakan anak kepada Marini (37), dan Mohd Azri (37) ini hanya boleh menerima rawatan untuk JMML dengan Transplantasi Sumsum Tulang (BMT) sahaja.

Proses chemotherapy hanya akan dijalankan selepas penderma sumsum tulang yang sepadan ditemui, prosedur BMT dilakukan bertujuan untuk mengganti sumsum tulang yang rosak dengan sumsum tulang yang baru.

Bagaimanapun Afiyah bakal menerima rawatan awal dengan memasukkan sel darah merah yang baru ke dalam badannya bagi menyokong sistem badannya.

Tiada daya upaya bagi Marini dan Azri apabila melihat anak kesayangan mereka menderita sebegini selain memohon doa kepadaNya dan doa pembaca untuk sama-sama berdoa kesembuhan anak perempuan mereka.

Bagi pembaca yang mahu menghulurkan bantuan boleh salurkan di akaun CIMB Pertubuhan Amal Kebajikan Rotikaya: 8604675654.

Afiyah Mikayla Mohd Azri (Gambar Rotikaya)