Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Konvensyen PN bukti komitmen bawa aspirasi rakyat -
Mahathir Mohd. Rais

Konvensyen PN bukti komitmen bawa aspirasi rakyat

KONVENSYEN Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di Maeps, Serdang pada Sabtu disifatkan menjadi bukti bahawa gabungan parti berkenaan komited dalam merealisasikan aspirasi rakyat di negara ini.

Ketua Penerangan PN Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais berkata, konvensyen yang bertemakan mengangkat suara rakyat bakal menjadi salah satu penentu keberkesanan strategi yang sedang dilaksanakan.

Katanya, menerusi ucapan dasar Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu parti itu bergerak seiring kehendak universal dengan menjamin wujudnya keadilan dan ketelusan sekaligus membina keyakinan rakyat dalam memilih pemimpin.

“Pemimpin yang dipilih mewakili mereka perlu mengutamakan pembangunan yang lestari dengan mengambilkira konsep pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu katanya, menerusi perbahasan perwakilan PN Wilayah Persekutuan, Kapten (B) Suhaimi Yahya menggesa Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk mewujudkan bdan khas bagi mengesan pelajar pelajar kurang berkemampuan yang cemerlang untuk dibantu.

“Penekanan ini adalah selaras dengan dasar penubuhan MRSM untuk memberi peluang kepada pelajar Bumiputera bandar dan luar bandar yang cemerlang untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.

“MARA harus proaktif dalam usaha memastikan para pelajar cemerlang berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) terutamanya dari luar bandar diberi keutamaan untuk mendapat pendidikan menengah terbaik di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Antara lain katanya, PN Wilayah Persekutuan turut mencadangkan kerajaan tubuhkan perbadanan perumahan mampu milik kebangsaan yang berperanan untuk merancang, menyelaras dan melaksana plan tindakan serta cadangan perumahan mampu milik di kawasan bandar.

“Kerajaan juga harus mewujudkan garis panduan seperti pelaksanaan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) dan pelbagai projek-projek sektor swasta supaya kemudahan perumahan kos rendah yang disediakan hanya diberikan kepada golongan sasaran sahaja,” ujarnya.

Katanya, PN turut komited untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam dan swasta agar dapat merealisasikan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan negara yang cekap dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

“Dengan cabaran ekonomi kos hidup rakyat, pekerjaan dan kesejahteraan sepanjang pandemik Covid-19, PN telah membuktikan bahawa ia mampu melawan kekuatan pembangkang dengan menjadi parti yang mendokong konsep ‘welfare state’ yang lebih memberi manfaat kepada rakyat dan negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahathir menyeru akar umbi PN untuk menjadi suara rakyat sertaperlu menerapkan selain mengamalkan budaya berfikir secara matang bagi menekankan aspek kepimpinan.

“Kesimpulannya, Perikatan Nasional memahami realiti kehidupan rakyat dan keperluan jajaran politik baru. Anjakan paradigma dari segi pendekatan politik dan cara memperkasakan agama bangsa dan negara adalah perlu,” katanya lagi.—SB