POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat sebarang elemen ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimum Tuan Mat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) melakukan siasatan berhubung elemen ancaman.
Menurutnya, perkara itu adalah isu serius dan siasatan terhadap kes ancaman sedang dilaksanakan meskipun tiada sebarang laporan polis dibuat.
“Saya sudah mengarahkan JSJ Bukit Aman memulakan siasatan dengan meneliti segala ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara dan siasatan sama turut membabitkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).
“PDRM semestinya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perkara yang membabitkan isu keselamatan dan ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan,” katanya, hari ini, lapor Harian Metro.
Ancaman terhadap Tengku Maimum dikesan dalam pelbagai medium laman sosial termasuk aplikasi Twitter dan Facebook, sejak tengah malam tadi.
Kini, terdapat pengguna di Facebook mengugut pembunuh upahan akan mencari Ketua Hakim Negara sekiranya hukuman dijatuhkan kepada individu tidak bersalah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.