Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
‘Rayuan akhir Najib Khamis ini’ – Mahkamah Persekutuan -

‘Rayuan akhir Najib Khamis ini’ – Mahkamah Persekutuan

PERMOHONAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.

Lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan Najib selepas peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik, mengemukakan permohonan secara lisan untuk menangguhkan prosiding rayuan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan prosiding rayuan akhir itu bermula Khamis ini, lapor Astro AWANI.

Tengku Maimun dalam keputusan menolak penangguhan itu, berkata Najib mengetahui tarikh prosiding rayuan akhir, tetapi memilih untuk melantik peguam baharu mewakilinya.

Beliau berkata, walaupun itu adalah haknya untuk memilih tetapi Najib kemudian tidak boleh menyatakan bahawa peguamnya tidak bersedia dengan rayuan akhir.