Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Siasatan kes penyelewengan babit Exco Kedah hampir selesai -

Siasatan kes penyelewengan babit Exco Kedah hampir selesai

Oleh BADLISHAH MAT

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hampir melengkapkan siasatan kes penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang dikaitkan dengan seorang Exco kerajaan negeri itu.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, hasil siasatan tersebut berkemungkinan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC), minggu depan.

“Sehingga kini seramai 161 saksi termasuk Exco berkenaan sudah diambil keterangan, beliau dipanggil untuk memberi keterangan pada 18 Julai lalu.

“Mungkin hasil siasatan itu akan diserahkan kepada AGC minggu depan. Sama ada wujud kes atau tidak, perkara itu akan ditentukan oleh pihak AGC,” katanya.

Pada 9 Jun lalu, media melaporkan mengenai siasatan dijalankan SPRM berkaitan kes tersebut yang didakwa berlaku pada 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika diminta mengulas perkara itu pada 16 Jun lalu menegaskan, semua pihak sewajarnya membiarkan agensi terlibat terutamanya SPRM untuk melaksanakan tugas mereka.- SB