SETIAUSAHA Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok bagi membincangkan perjanjian berkaitan “terma-terma penting” antara Perikatan Nasional (PN) dan perdana menteri.
“InsyaAllah saya akan bertemu dengan perdana menteri esok hari,” kata Hamzah pada sidang media selepas merasmikan “Aviation Against Trafficking In Persons Conference” pada Rabu, lapor FMT.
Pada 28 Jul, PN menyatakan kekecewaan mereka terhadap Ismail kerana dilihat “tidak bersungguh” memenuhi “terma penting” itu, yang menyokong beliau menjadi perdana menteri.
Hamzah dalam kenyataan berkata, PN mahu menghantar wakilnya untuk bertemu Ismail bagi membincangkan pelaksanaan “terma-terma perjanjian” dalam masa terdekat.
Sebelum ini didedahkan bahawa Ismail menandatangani perjanjian dengan PN sebelum naib presiden UMNO itu dilantik sebagai perdana menteri ke-9 pada Ogos 2021.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.