Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis siasat kes kanak-kanak autisme didera di pusat terapi -

Polis siasat kes kanak-kanak autisme didera di pusat terapi

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

KANAK-KANAK lelaki autisme yang didakwa ibunya didera seorang guru di pusat terapi di Skudai baru-baru ini sudah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, langkah tersebut bagi mendapatkan penilaian khusus oleh pakar kanak-kanak terhadap status kesihatannya.

“Sebelum ini selepas mendapat aduan perkara tersebut kanak-kanak tersebut telah dirujuk di Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu pemilik akaun Facebook Cik Puan Zetty memuat naik hantaran berkenaan pengaduan polis oleh seorang ibu yang menyatakan anak lelaki autismenya didera di pusat berkenaan.

Rupiah berkata, anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara mengesan hantaran daripada Facebook berkenaan pada semalam.

Pihaknya sudah memanggil semua pihak yang terlibat dalam kes dera tersebut untuk membantu siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaraya.

“Di peringkat ini pihak polis akan mendapatkan laporan perubatan mangsa secara rasmi sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada pihak timbalan pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali. – SB