SEKURANG-kurangnya empat individu cedera termasuk penunggang motosikal dalam kemalangan jalan raya di Jambatan Santubong, Kuching, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 pagi.
Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dan Axia serta sebuah motosikal di lokasi kejadian.
Tiada mangsa tersepit dalam nahas itu dan kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital menggunakan EMRS Bomba.
“Tiada mangsa terlibat tersepit dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut laporan Borneo Network.
Katanya, pihak Bomba hanya mengeluarkan mangsa dari kenderaan dan bantuan menghantar mangsa ke hospital menggunakan jentera EMRS.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.