Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerajaan akan tetapkan harga maksimum minyak masak botol - Annuar -

Kerajaan akan tetapkan harga maksimum minyak masak botol – Annuar

HARGA jualan minyak masak botol akan ditetapkan mengikut harga maksimum, tertakluk kepada perincian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu diambil memandangkan pengeluar minyak masak berbotol masih liat untuk menurunkan harga, biarpun harga minyak sawit telah turun.

Tambahnya, alasan penjual bahawa mereka perlu mengekalkan stok pada harga tinggi kerana ia dibeli sebelum harga minyak sawit turun tidak boleh diterima sama sekali.

“Jawatankuasa telah membuat keputusan, di mana kerajaan akan mewartakan harga minyak masak botol mengikut kaedah undang undang sedia ada, dengan penentuan harga maksimum bagi minyak masak dalam botol.

“Dan ini akan dibuat dengan perincian tertentu oleh KPDNHEP, dan menetapkan tarikh bila ia akan diwartakan. Dan setelah diwartakan, minyak masak dalam botol akan mempunyai harga maksimum yang akan ditentukan dari semasa ke semasa, berdasarkan harga pasaran minyak masak dunia,” katanya, memetik laporan Astro AWANI.

Beliau berkata demikian kepada sidang media, selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Khas Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, jawatankuasa berpendapat kenaikan dan penurunan harga minyak masak tidak bersubsidi tidak boleh dibuat dengan terlalu berasaskan untuk mengekalkan margin keuntungan tinggi.

“Kalau sewaktu harga minyak rendah, dijual dengan harga mahal, sudah tentu ada keuntungan di situ, dan apabila harga minyak masak dunia turun, sepatutnya turun segera.

“Kerana tak berlaku, undang-undang sedia ada bolehkan KPDNHEP mewartakan barangan keperluan tertentu dengan kaedah penentuan harga maksimum,” katanya lagi.

Oleh kerana permintaan kerajaan dua minggu lepas untuk pengeluar menurunkan harga tidak dilayan, Annuar berkata, undang-undang sedia ada membolehkan pewartaan itu dilakukan.

Katanya lagi, jawatankuasa menjangkakan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh seminggu lagi.