Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tak boleh guna gelaran doktor jual produk kosmetik -

Tak boleh guna gelaran doktor jual produk kosmetik

PENGASAS atau peniaga produk kosmetik tidak boleh menggunakan gelaran profesional seperti doktor untuk mengiklankan produk di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata peraturan itu termaktub dalam garis panduan pengiklanan untuk kosmetik yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Pada masa sama, katanya, pengasas produk kosmetik tidak boleh membuat tuntutan perubatan atau berlebihan mengenai produk masing-masing hingga melampaui skop takrifan kosmetik, iaitu membersih, mewangi atau mencantikkan.

“Berdasarkan garis panduan pengiklanan untuk kosmetik dikeluarkan NPRA, penggunaan gelaran profesional seperti doktor tidak dibenarkan.

“Jika penjualan kosmetik membabitkan orang profesional seperti doktor, maklumat akan disalurkan kepada badan profesional yang mengawal selia amalan doktor untuk tindakan selanjutnya.

“Tindakan regulatori seperti amaran iklan dan pembatalan notifikasi produk akan diambil sekiranya ia didapati diiklankan dengan tuntutan perubatan atau tuntutan melampaui skop takrifan kosmetik,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini lapor BH Online.