Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki disyaki halang tugas anggota polis di TBS ditahan -

Lelaki disyaki halang tugas anggota polis di TBS ditahan

POLIS menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki menghalang anggota polis melakukan pemeriksaan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada 5.45 pagi tadi dan dibawa ke Pondok Polis TBS untuk tindakan lanjut. 

Katanya terdahulu sepasukan polis yang melakukan rondaan terminal berkenaan telah mengesan seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan Pintu C. 

“Ketika diminta dokumen pengenalan diri, suspek tidak memberikan kerjasama dan telah berlaku pergelutan semasa pemeriksaan dijalankan. Sekali lagi pergelutan berlaku antara suspek dan anggota apabila dia cuba melarikan diri ketika berada di Pondok Balai TBS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 (Pindaan 2002).

Muhammad Idzam meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi talian penting Polis Cheras di 03-9284 5050/ 5051,  Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 13 saat yang memaparkan kes tangkapan itu di terminal berkenaan. –Bernama