Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kisah sedih sebalik kelucuan Abang Agraban -

Kisah sedih sebalik kelucuan Abang Agraban

BAHA atau lebih dikenali sebagai Abang Agraban atau Baha BHP sebelum ini menarik perhatian orang ramai selepas tular satu video menunjukkan perbualan lucu antara seorang lelaki dan Baha.

Namun, disebalik perbualan lucu dan senyuman Baha itu tersembunyi kisah perjalanan hidupnya yang sukar dan menyedihkan.

Kisah itu dikongsikan oleh adik perempuannya menerusi akaun TikTok @sayatiarachannel, yang menjelaskan bahawa Baha seorang yang pandai dan mempunyai niat untuk sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, namun, hasrat Baha punah kerana harus membantu mencari rezeki untuk menyara keluarganya.

“Dia terpaksa lupakan impian untuk sambung belajar, dulu kami ada segalanya, sampai satu saat Allah tarik semuanya, Baha lah yang menjadi ketua keluarga kerana dia yang sulung.

“Ada satu saat tu kami tak ada makanan, Baha keluar cari ubi kayu tetapi tidak dapat hasil kerana hujan, ketika itu Baha kerja cuci pinggan dan mendapat upah RM10 sehari,” katanya.

Menurutnya, Baha pernah cuba untuk membunuh diri kerana tidak kuat menghadapi ujian Allah.

“Hanya Allah sahaja tahu macam mana susah dia lalui semua dugaan itu.

“Dugaan itu timbul selepas rumah kami kena lelong, kami hidup susah, susah waktu tu Allah je tahu dan Baha merupakan harapan kami,” ujarnya.

Tambah adik perempuannya itu, Baha pernah membakar semua sijil sekolahnya yang sudah lama dikumpul disebabkan terlampau kecewa tidak dapat untuk sambung pelajaran.

Walaupun dia kecewa, tetapi dia masih jalankan tanggungjawab dan meminta adik-adiknya untuk terus menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

Perkongsian adik perempuan Baha di TikTok itu dibanjiri dengan simpati dan terharu akan perbuatan Baha yang boleh menjadi contoh kepada orang ramai.

“Hargai abang awak, pengorbanan dia besar, balas budi dia selagi mampu, orang yang selalu berkorban untuk keluarga ni jarang dapat menikmati nikmat ‘enjoy’ seperti orang lain,” kata seorang pengguna TikTok. – SB