Warga emas rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah premis menjual keranda di Jalan Bunga Ray, Melaka jam 5.45 pagi Rabu.
Mayat mangsa, Loh Yock Sit, 77, ditemui dalam bilik air di tingkat dua rumah kedai berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Timbalan Penguasa II Yazid Mohd Tahir, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 5.49 pagi
Susulan panggilan itu dibuat, empat jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bersama 26 anggota.
“Mangsa yang dipercayai bekerja di premis itu mungkin terperangkap di dalam bilik air ketika api marak. Api dapat dikawal pada jam 6.05 pagi,” kata Yazid, mengikut laporan BH Online.
Menurutnya, ketika api mula reda, pihak bomba masuk ke premis bagi kerja pemadaman lanjut.
“Daripada maklumat awam, mangsa ada di dalam premis dan kami melakukan pencarian sebelum mangsa ditemui.
“Mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk urusan selanjutnya,” katanya.
Api berjaya dipadam sepenuhnya jam 7.08 pagi dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta anggaran kerugian.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.