Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Setiausaha Wanita DAP Selangor, aktivis didakwa merusuh -

Setiausaha Wanita DAP Selangor, aktivis didakwa merusuh

SETIAUSAHA Wanita DAP Selangor, Nalina Nair Rama Krishnan dan seorang aktivis didakwa di dua Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merusuh dan berkelakuan tidak senonoh di sebuah balai polis di sini, minggu lepas.

Nalina Nair, 32, dan pelajar Doktor Falsafah (PhD), Sujatra Jayarah, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Tawfiq Affandi Chin dan Wong Chai Sia.

Mereka masing-masing dituduh telah merusuh, berkelakuan tidak senonoh atau mengaibkan di lobi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pada 9 malam, 19 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 94 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal dan Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar masing-masing menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Farida Mohammad dan V. Yoges, yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guam mereka banyak terlibat dalam kerja amal selain tiada risiko untuk melarikan diri.

Yoges berkata Sujatra adalah pelajar PhD sepenuh masa dan tidak mempunyai pendapatan.

Mahkamah membenarkan Nalina Nair diikat jamin RM5,000 manakala Sujatra diikat jamin RM2,000, masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Okt depan untuk sebutan semula kes.