Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sri Lanka hadkan bahan api kenderaan persendirian akibat kelewatan penghantaran -

Sri Lanka hadkan bahan api kenderaan persendirian akibat kelewatan penghantaran

SRI Lanka tidak akan menerima penghantaran petrol, diesel dan minyak mentah, yang sepatutnya dijadual tiba minggu ini dan minggu depan, kata Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera pada Sabtu.

Beliau berkata pihak pembekal sudah memaklumkan kepada pengimport dan pengedar bahan api, Ceylon Petroleum Corporation (CPC) bahawa penghantaran tidak dapat dibuat mengikut jadual atas sebab perbankan serta logistik, lapor Xinhua.

“Pengangkutan awam, penjanaan kuasa dan industri akan diberi keutamaan sehingga penghantaran seterusnya sampai,” katanya. 

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak beratur untuk mendapatkan bahan api.

Susulan itu katanya, operasi kilang penapis juga akan dihentikan buat sementara waktu sehingga stok sampai.

“Kami sedang bekerjasama dengan semua pembekal baharu dan sedia ada. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan,” katanya.–Bernama