Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Nasi berlauk ‘patahkan’ cubaan lelaki terjun kren tingkat 31 -

Nasi berlauk ‘patahkan’ cubaan lelaki terjun kren tingkat 31

CUBAAN seorang lelaki untuk terjun dari kren yang berada di tingkat 31 di sebuah tapak projek perumahan di Lembah Sireh, Kelantan, dipatahkan selepas ahli keluarga berjaya memujuk mangsa dengan membawa bekalan nasi berlauk ke lokasi kejadian, hari ini.

Bagaimanapun, anggota balai bomba dan penyelamat Kota Darul Naim serta Kota Bharu mengambil masa selama empat jam bagi memujuk lelaki yang berusia 27 tahun sebelum turun menyerahkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Mohd. Ridzwan Ali berkata, lelaki itu dipercayai berada di kawasan terbabit sejak malam semalam sebelum kehadirannya disedari oleh orang awam.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi sebelum 20 anggota balai Kota Bharu dan Darul Naim bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.59 dan terus menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Lelaki berkenaan pada mulanya bertindak agresif dan nekad cuba terjun untuk terjun dari kren itu. Kita membawa ibu dan adiknya untuk memujuk lelaki itu supaya turun dari kren yang berada di tingkat 31 itu,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Mohd. Ridzwan memberitahu, ibu bersama adiknya membawa nasi berlauk ke tingkat 31 dan lelaki itu makan sebelum dia bertindak menyerah diri selepas menghabiskan hidangan tersebut.

Katanya, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 3.03 petang.