Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tun M dakwa kluster mahkamah punca Anwar tak jadi PM -

Tun M dakwa kluster mahkamah punca Anwar tak jadi PM

TUN Dr. Mahathir Mohamed mendakwa kegagalan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumpul sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-9 baru-baru ini adalah disebabkan oleh kluster mahkamah.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kumpulan berkenaan sebaliknya memberi sokongan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri, sekali gus diangkat Perdana Menteri ke-9.

“Kalau mereka tak terlibat dan Anwarlah akan menang. Maka dia (Ismail) dapat 114. Hanya 3 orang sahaja lebih separuh,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu dalam wawancara bersama portal Malaysian Insight semalam.

Kluster mahkamah merujuk kepada sekumpulan ahli-ahli Parlimen UMNO yang kini berhadapan pelbagai tuduhan berkaitan rasuah di mahkamah.

Kumpulan itu juga dikatakan dalang yang mempengaruhi ahli-ahli Parlimen UMNO menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Tun Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bagaimanapun menegaskan, parti beliau hanya memberi sokongan kepada Ismail dan bukannya parti UMNO.

Beliau juga memberi amaran kepada Ismail Sabri, bahawa apa yang berlaku kepada Muyhiddin boleh berlaku kepadanya jika melantik kumpulan kluster mahkamah dalam pentadbirannya – SB