Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penghantar makanan mengaku hantar bahan lucah, didenda RM10,000 -

Penghantar makanan mengaku hantar bahan lucah, didenda RM10,000

Seorang penghantar makanan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada Ahad atas dua pertuduhan menghantar dan memulakan komunikasi bahan lucah menerusi aplikasi media sosial, dua tahun lalu.

Utusan Malaysia melaporkan tertuduh, Muhammad Khair Maani, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Muhammad Khair didakwa menggunakan platform media sosial Instagram secara sedar telah memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan video lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di Blok C, Taman Ungku Tun Aminah, di sini pukul 8.50 pagi pada 25 Januari 2020.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Sebelum menjatuhkan hukuman, Che Wan Zaidi meminta bilik pendakwaan dikosongkan kecuali tertuduh dan pihak pendakwaan bagi memaparkan video dan gambar kejadian bagi tujuan pengesahan dilakukan.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman diringankan kerana hanya bekerja sambilan dan menanggung ibu serta adiknya.