Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua pelajar pondok dikhuatiri lemas ketika mandi sungai -

Dua pelajar pondok dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

DUA pelajar dari sebuah pusat pengajian pondok dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Machang Limbat dekat Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan pada petang Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd Zachariah berkata sebaik menerima panggilan mengenai laporan tersebut pukul 7.16 malam, enam anggota BBP Pasir Tumboh bersama lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata berdasarkan maklumat saksi, kedua-dua mangsa dilihat kali terakhir mandi dalam sungai itu pukul 6.45 petang, sebelum tenggelam.

“Anggota PPDA menjalankan selaman serta pencarian dibuat di permukaan sungai dalam radius 200 meter sekitar mangsa tenggelam.

“Maklumat awal mendapati mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hafiz, 17, dan Mohd Lokman, 18, pergi ke sungai tersebut bersama sembilan lagi rakan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung semula pagi ini, dan difahamkan jarak antara lokasi kejadian dengan pondok pengajian pelajar tersebut adalah kira-kira 200 meter.–Bernama