Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada PM bincang tarikh PRU secara terbuka - Ismail Sabri -

Tiada PM bincang tarikh PRU secara terbuka – Ismail Sabri

KERAP berbincang soal tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan memberi kesan kepada kestabilan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun katanya, setiap hari negara semakin hampir dengan tarikh PRU15.

Jelasnya kerajaan yang ada ketika ini berada dalam keadaan stabil dan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri antara pemimpin parti di dalam kerajaan.

“Saya dah beritahu tak ada seorang pun perdana menteri berbincang mengenai tarikh PRU secara terbuka di khalayak ramai.

“Semua perdana menteri tak bincang soal tarikh PRU, jadi ini beri kesan kepada kestabilan politik, kalau kita bincang jadi akhirnya tumpuan kita lebih kepada soal pilihan raya.

“Tetapi PRU tetap ada semakin hari semakin hampir dengan tarikh PRU15,” katanya pada sidang media selepas pelancaran pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, pada Khamis, lapor MalaysiaKini.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengakutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Wilayah Persekutuan,  Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sebelum ini pemimpin UMNO menggesa supaya perdana menteri mempercepatkan PRU15 diadakan bagi mendapat mandat baru dari rakyat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata kerajaan berada dalam keadaan stabil dengan sokongan semua pihak termasuk pembangkang bagi memboleh tumpuan diberikan kepada usaha memulihkan ekonomi.

“Apa yang berlaku dalam keadaan sekarang stabil, tidak ada isu besar, pertembungan antara kenyataan-kenyataan keras parti politik juga tidak ada.

“(Kerajaan) masih stabil, ini membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi negara, menyelesaikan isu kenaikan harga, memulihkan bekalan,” katanya.