Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengarah APM Melaka meninggal dunia selepas rebah di pejabat -

Pengarah APM Melaka meninggal dunia selepas rebah di pejabat

PENGARAH Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra meninggal dunia di Hospital Melaka di sini hari ini.

APM Melaka dalam kenyataan memaklumkan Cuthbert John Martin, 47, menghembuskan nafas terakhir di jabatan kecemasan hospital berkenaan kira-kira 10 pagi tadi.

Mendiang yang berasal dari Keningau, Sabah dilaporkan rebah secara tiba-tiba di pejabatnya di Ayer Keroh di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu.

Beliau pernah berkhidmat di APM Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai Pengarah APM Melaka berkuat kuasa 1 Jan 2021.

Menurut kenyataan itu, bedah siasat ke atas mendiang akan dijalankan di hospital tersebut sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Keningau untuk disemadikan.–Bernama