Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Buruh dituduh rogol anak kandung 14 tahun -

Buruh dituduh rogol anak kandung 14 tahun

SEORANG buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di Pasir Mas, hari ini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya pada bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah, Rozaidi Yaakob.

Menurut laporan BH Online, tertuduh berusia 39 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun tanpa kerelaan di sebuah rumah di Tanah Merah, kira-kira jam 12 tengah malam 31 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 376 (2) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 10 hingga 30 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Syafiq Aizat Nazri, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.

Sebelum ini, Ahmad Syafiq tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan pertuduhan membabitkan kesalahan serius.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.