Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Salon tular gambar pendandan rambut seksi beroperasi tanpa lesen -

Salon tular gambar pendandan rambut seksi beroperasi tanpa lesen

SEBUAH salon di Bandar Puteri Puchong, Selangor, yang tular selepas didakwa menyediakan khidmat pendandan rambut wanita yang seksi dikenakan tindakan kompaun, semalam, kerana beroperasi tanpa lesen.

Harian Metro melaporkan, Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Azfarizal Abdul Rashid berkata, seramai tiga anggota penguatkuasa MBSJ serta empat anggota polis membuat pemeriksaan di premis berkenaan, pada Selasa.

“Hasil pemeriksaan dilakukan mendapati premis itu menjalankan aktiviti perniagaan tanpa mempunyai lesen sah daripada MBSJ.

“Susulan itu, MBSJ mengeluarkan dua notis tawaran kompaun (NTK) di bawah UUK 3: Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan (MPSJ) 2013 atas kesalahan mengendalikan pusat kecantikan dan kesihatan tanpa lesen serta dua UUK 7: Undang-Undang Kecil Iklan (MPSJ) 2007 atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azfarizal berkata, pemantauan berkala akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak atau premis yang didapati melanggar peraturan dan syarat-syarat ditetapkan.

“Sebarang aduan atau permasalahan boleh terus melaporkan melalui aplikasi aduan awam MBSJ atau Pusat Panggilan Kawalan MBSJ (Command Centre) di talian 03-80247700,” katanya.

Terdahulu, beberapa gambar memaparkan wanita berpakaian menjolok mata yang mendandan rambut pelanggan lelaki di salon berkenaan tular di media sosial, sejak kelmarin.

Sementara itu, pemilik salon berkenaan menerusi hantaran di akaun Facebook mendakwa premis berkenaan adalah salon biasa.

“Hentikan menyebar gambar wanita berkenaan dengan menyatakan bahawa kedai kami ada menyediakan perkhidmatan istimewa,” katanya.

Hantaran itu turut disertakan dengan laporan polis yang menyatakan bahawa gambar wanita seksi terbabit diambil semasa pembukaan premis berkenaan bagi tujuan promosi dan bukannya kedai urut.