PESTA Kaamatan dan Hari Gawai pasti disambut dalam suasana lebih meriah berbanding dua tahun lalu ketika negara berjuang melawan pandemik COVID-19.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun disambut dalam suasana norma baharu, kegembiraan meraikan perayaan ini tetap dirasai.
“Nyatakan kegembiraan meraikan perayaan ini dengan kita saling berkunjung dan merapatkan silaturahim sesama ahli keluarga dan sahabat handai tanpa meringankan aspek keselamatan dan kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Perayaan etnik meraikan kesyukuran selepas musim menuai hasil tanaman ini akan diikuti pula sambutan Hari Gawai oleh masyarakat Dayak di Sarawak, dua hari kemudian.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tentunya kedua-dua perayaan ini disambut dalam suasana lebih meriah berbanding dua tahun sebelum ini ketika negara berjuang melawan penularan pandemik COVID-19.
“Semoga perayaan ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan perpaduan antara kaum di bumi Malaysia yang tercinta.
“Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2022,” ujarnya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.