KES harian penularan Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila laman sesawang COVIDNOW melaporkan sebanyak 2,017 kes dilaporkan, setakat 11.59 malam Rabu.
Daripada jumlah kes baharu itu, 2,013 kes daripadanya adalah berpunca daripada penularan dalam negara sementara 4 lagi kes merupakan kes import yang dijangkiti di luar negara.
Ini menjadikan kes aktif dalam negara sebanyak 29,971 kes dengan 95.5 peratus bersamaan 28,679 kes daripada mereka menjalankan kuarantin di rumah.
1,235 penghidap pula sedang dirawat di hospital dengan 38 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Laman sesawang COVIDNOW juga mencatatkan bahawa seramai 2,548 pesakit sudah selesai diberikan rawatan, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 4,417,694.
Dalam pada itu, sebanyak 10 kes kematian dilaporkan dengan tiga kes merupakan kes kematian di luar fasiliti hospital (BID).
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.