Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ejen insurans rugi RM100,000 rumah dipecah masuk -

Ejen insurans rugi RM100,000 rumah dipecah masuk

SEORANG ejen insurans mengalami kerugian lebih RM100,000 apabila kediamannya di Bandar Baru Tambun Ipoh dipecah masuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Anuar Othman berkata mangsa seorang wanita berusia 39 tahun menyedari rumahnya dipecah masuk selepas pulang daripada bercuti petang semalam.

“Mangsa bersama ibu serta adik perempuan dan anaknya meninggalkan rumah dalam keadaan baik dan berkunci kira-kira 12.30 tengah hari Selasa lepas.

“Bagaimanapun, semasa mangsa pulang ke rumahnya kira-kira 5 petang semalam mendapati pintu gelangsar dan jeriji dalam keadaan terbuka dan mempunyai kesan umpil serta kunci mangga juga telah dirosakkan di pintu tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Anuar berkata antara barangan yang hilang ialah cincin berlian, anting-anting berlian, jam tangan berjenama Rolex, wang tunai mata wang asing serta pasport antarabangsa milik pengadu dan anaknya dianggarkan kerugian bernilai RM100,500.

Beliau berkata hasil pemeriksaan pasukan forensik polis menemukan sembilan kesan cap jari dan rumah mangsa tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu siasatan.

“Cap jari yang diambil akan dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk tujuan perbandingan dan asid deoksiribonukleik (DNA),” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

— BERNAMA