1,372 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,456,736 kes.
Sebanyak 3,610 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,397,881.
Ketika ini, 23,276 kes aktif direkodkan, dengan 22,146 atau 95.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.
Dalam pada itu, 19 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,025 (4.4%) dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 86 kes dan 46 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56% dengan kes Covid-19 merangkumi 11.6%.
Tiga lagi korban turut dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,579 orang. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.